Catatan

Catatan perjalanan : Langkasuka

Imej
20 Rabiul Awwal tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul Penulis dan beberapa rakan daripada organisasi telah terpilih untuk menyertai kursus yang dianjurkan di kepulauan langkasuka. Kami bertolak daripada markas sekitar jam 10 pagi. Penulis sempat bersarapan bersama isteri dan anak sulung di warung lontong sate. Tapi sayangnya, yang tinggal hanya sate pada waktu itu... Jam 10.30 kenaikan tiba di lokasi yang dijanjikan. Beberapa orang rakan sejawatan turut bersama. Kami merentasi lebuhraya utara selatan yang dijanjikan untuk ditamatkan kutipan tol dalam menifesto yang tidak kesampaian menuju ke lapangan terbang paling selatan semananjung emas. Sekitar jam 12.00, kami tiba dan terus menelusuri urusan check-in DIY di mesin robot versi revolusi perindustrian 4.0 yang tidak lagi menggunakan manusia. Bagasi yang perlu diletak di bawah perut pesawat ditandai dan kemudian diserah ke dalam serahan bagasi. Kami kemudian mencetak boarding-pass masing² juga di mesin DIY milik syarikat pene...

sehari di MAHA

Imej
16 Rabiul Awwal tahun ke 1440 daripada hijrah Ar Rasul  ﷺ   Penulis memulakan hari seawal jam 4.15 pagi. Seusai bersiap, kami sekeluarga bergerak meninggalkan kediaman menuju ke rumah ibu mertua. Jam di dashboard menunjukkan pukul 5.15 pagi tatkala kami bergerak. Selepas menghantar anak² ke rumah mertua, penulis dan isteri terus menuju ke lokasi check point untuk menaiki bas. Tatkala tiba, para peserta rombongan sudah sedia menanti. Sebaik azan subuh berkumandang, kami bergerak kesurau berhampiran. Seusai subuh, bas telah tersedia. Meskipun pada awalnya kami diberitahu bas akan tiba pada jam 5.00 pagi!!! Sebaik kesemua ahli rombongan siap berada di dalam perut bas berwarna kekuningan itu, ketua rombongan menbuat sedikit taklimat dan apabila bas mula bergerak, doa pun dibacakan. Penulis kemudian hilang kesedaran hinggalah bas berlabuh di RnR Pagoh. Para duyuf telah diberikan sebungkus nasi lemak dan sepeket jajan sebaik turun tangga bas menuju ke lokasi makan d...

Tak hadir maulid : pembenci rasul?

Acara sambutan maulid tahunan di organisasi berjalan sebagaimana rutin tahunan. Negeri yang berpegang kepada aliran Asyai'rah Wa Maturidiah nusantara pastinya tidak akan terlepas daripada melaksanakan salah satu bentuk ritual tahunan mereka untuk membesarkan hari ulangtahun kelahiran Junjungan Besar Muhammad  ﷺ. Ijtihad mereka adalah untuk menghidupkan suasana kecintaan dala diri umat akhir zaman yang semakin leka. Namun ada segolongan yang enggan melakukan ritual tahunan tersebut. Alasan tuntas yang diberikan ialah, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin tidak pernah melakukannya, sedangkan mereka adalah merupakan generasi terbaik yang pernah dilahirkan !! Polemik ini tidak pernah ada titik akhirnya. Hampir saban tahun, kedua² pihak akan saling memberikan hujjah masing². Namun keadaan ini tidaklah hingga menimbulkan kekacauan, ancaman, himpunan aman atau pembunuhan. Masing ² profesional berpegang kepada hujjah masing² meski diakui wujud golongan ghulat di kedua² pihak, na...

Kerana sekeping kertas ...

Imej
17 Safar 1438 daripada hijrah Ar Rasul, penulis memulakan safar ke pulau impian seawal waktu dhuha mula menerikkan kehangatan mentarinya. Safar ini agak penting kerana ianya adalah safar untuk membuktikan sebuah kemenangan. Ianya juga MUNGKIN safar penutup untuk beberapa episod pertapaan ke pulau tersebut sejak Ogos 2014.  Sekitar jam 10 am, selepas menikmati sarapan lontong sate di pekan satelit, penulis meneruskan pemaduan almera putih berusia 59 bulan meluncur menuju destinasi paling jauh yang akan diterokai oleh kenderaan itu sejak dimiliki oleh isteri!! Sebelum itu, petang Khamis, penulis ke kedai  tayar untuk menggantikan tayar hadapan kiri yang mengalami keretakan kecil. Berbimbang² sekiranya tidak ditukar ganti mampu mencetuskan letupan. Mujurlah dapat diganti dengan tayar terpakai berharga RM50 sebuah. Cukuplah kiranya untuk menyelesaikan sebuah safar panjang, Insya Allah. Nak digantu dengan yang baharu, tiada kecukupan pula untuk dimodalkan. Almera...

Akhirnya tamat jua pelajar tua itu

Keputusan peperiksaan akhir yang dikeluarkan oleh pihak Universiti beberapa hari dalam bukan syawal menandakan tamatnya perjuangan pelajar tua ini mengharungi ranjau perjalanan seorang mahasiswa jarak jauh peringkat ijazah sarjana muda. Selepas melepasi angka 40, baharulah berjaya dengan izin Allah menyelesaikan sebuah epik novel kehidupan pelajar sarjana pertama. Sememangnya perjalanan yang dimulakan pada Ogos 2014, beberapa bulan selepas perginya bonda menghadap Ilahi adalah satu langkah yang agak drastik untuk mencabar diri bagi meningkatkan martabat ilmu keduniaan yang fana ini. PJJ di Universiti yang  terletak kira² 630 km daripada kediaman, dengan keadaan anak² yang sedang membesar dan bersekolah rendah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.... Terinspirasi selepas menghadiri istiadat konvokesyen UA tersebut oleh adik ipar, penulis tanpa menoleh kebelakang membuat keputusan untuk menyambung pengajian yang telah terlalu lama ditundakan sejak kali akhir mendakap s...

azan sebelum mara ke medan UPSR

14 Muharram tahun ke 1440 dari hijrah Ar Rasul merupakan hari pertama kebanyakan calon UPSR menghadapi kertas peperiksaan yang pertama. Penulis antara puluhan ribu bapa yang terlibat menghantar anak sulung hingga ke pintu dewan peperiksaan bagi memberikan suntikan semangat kepada anak. Berbeza dengan zaman semasa penulis mengambil peperiksan penilaian darjah lima sekitar tahun 1986 dahulu, kami pergi sendiri dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan. Tiada sebarang program motivasi yang dibuat di peringkat sekolah, apalagi program solat hajat. Tiusyen pun terpaksa mencari sendiri manakala pihak sekolah tidak langsung menyentuh persoalan tersebut. Sangat berbeza berbanding calon UPSR kini dimana program solat hajat sahaja diadakan sebanyak 3 kali. Itu tidak termasuk program motivasi, program selepas sekolah dengan tiusyen di bawah bimbingan guru ² dan banyak lagi. Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan surah yassin yang sangat sinonim dengan perdaban Islam wangsa Melayu. K...

Parti Agama dan Parti Nasionalis

Imej
Sempena dengan 'kemenangan' parti agama sejak malam 27 zulhijjah selepas pengisytiharan rasmi keputusan PRK Seri Setia, beberapa pernyataan manis pimpinan mereka menunjukkan betapa mereka mempunyai pandangan optimis terhadap masa depan parti mereka.  Tatkala parti agama kelihatan begitu berahi untuk bersatu menundukkan PH bersama UMNO, kenyataan pimpinan UMNO pula kelihatan agak berbeza² Namun, kenyataan yang dikeluarkan untuk isu anwar kembali ke parlimen hampir sama dengan sahabat yang baru sahaja disucikan oleh mereka.  Kemanakah arah parti agama selepas ini?  Mampukah gabungan keduanya dengan kerjasama komponen BN, MIC mencetuskan fenomena baru yang bakal menggoncang PH? Adakah tugas pembangkang hanya berilusi dan senantiasa membuat keputusan yang tidak tepat? Secara awal, kita melihat wujud dua kelompok di dalam UMNO yang mana satu masih kental untuk mempertahankan idealisme nasionalisme pekat dan mereka dikaw...