Catatan

PKPB menjelma lagi

Imej
 22 Rabiul Awwal 1442 Dah sebulan lebih rupanya penulis berpindah ke bangunan pejabat baharu. Bangunan pejabat yang kelihatan lebih 'mewah' dari pejabat biasa. Bangunan yang boleh dibanggakan meski berkongsi kasih dengan pihak pembesar yang bijaksana, jika dibandingkan dengan bangunan sebelumnya yang meski dikuasai 95% (kerana lebihnya dimilik sama dengan pejabat lain juga) namun pada zahir kelihatan uzur dan kurang selamat. Penulis tidak mahu mengulas panjang berkaitan pejabat baharu atau pejabat lama. Yang menjadi agneda panas dimana² pada hari ini ialah pengisytiharan PKPB oleh Menteri Kanan semalam yang akan berlangsung mulai esok sehingga sepurnama lamanya. Ramai yang terkeliru bahawa PKPB bermakna WFH atau BDR bakal seiring sejalan bersama. Tetapi telahan tersebut agak tersilap. Meski yang berlaku di darul ehsan dan putra jaya menyebabkan hanya 10% sahaja yang boleh bekerja dengan jayanya di pejabat dan selebihnya menikmati skim bekerja di rumah, namun pada kali ini di wi...

Kisah Sisi gelap Food panda

Imej
 15 Safar 1442 daripada hijrah ar rasul Semalam riuh rendah di kalangan warga net tentang tweet oleh Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan akan kemungkinan lock down 2.0 bakal diisytiharkan semula. Ada segelintir warga net mengongsikan paparan tajuk mesyuarat yang dikatakan akan berlangsung untuk menentukan keadaan semasa. Tidak kurang yang berkongsi paparan roti gardenia yang dikatakan bakal menjadi bahan makanan rebutan kembali di carta hati pengguna. Penulis terkenang antara beberpa peristiwa yang berlaku tatkala lock down 0.1 atau perintah kawalan pergerakan (PKP) tempoh hari. Antara yang menjadi top ten carta hati pengguna negara pada waktu tersebut jenama Food Panda. Pada suatu petang yang terik, isteri penulis membuat pesanan makanan segera (fast food) di salah sebuah restoran makanan segera terkemuka di negara. Jika penulis tidak salah, ianya merupakan satu-satunya restoran makanan segera negara yang masih enggan atau tidak mesra dengan penggunaan e-wallet, e-dompet atau ap...

Solat Berjamaah PKPP

Imej
 2 Safar 1442 PKPP disambung sehingga akhir tahun 2020. Ini membawa maksud segala SOP berkaitan pencegahan covid diteruskan. Termasuklah antara amalan yang dikhususkan di dalamnya ialah memakai topeng tatkala berada di tempat² awam termasuk di dalam masjid. Antara yang menjadi topik hangat di kalangan ulama ialah pelaksanaan jarak ketika mengerjakan solat berjamaah kerana dikatakan bertentangan dengan suruhan asal oleh Nabi  ﷺ Daripada Abu Mas’ud RA berkata: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.”  Riwayat Muslim (432) Oleh yang demikian, ulama seperti Syakh Imran nazar Hosein menyatakan bahawa umat Islam kini telah dijebak oleh perangkap dajjal kerana melaksanakan solat be...

Mengharapkan Sesuatu dari Muktamar Kali ke 66

Imej
 2 Safar 1441 Agak berat untuk menulis tentang gemulah parti yang pernah menjadi idola dan titik kecenderungan penulis secara beberapa dekad lampau. Ya, sejak penulis dikurniakan Ilahi nikmat iman dan islam, maka tiadalah penulis nampak akan jamaah yang mampu menjunjung cita² islami di negara ini, melainkan parti agama.  Penulis pernah terjebak menyintai Al Arqam suatu ketika dahulu dengan mengikuti gerakan tersebut sebagai pemerhati tetap yang condong menyokong mereka. Dengan kebanyakan datuk saudara bahkan moyang penulis sendiri terjebak secara aktif dengan jamaah tersebut, penulis juga hampir menyertainya jika tidak wujud bantahan daripada ahli keluarga terdekat. Namun, perjuangan mereka, ahli jamaah mereka, bacaan nasyid dan beberapa doa mereka senantiasa meniti di lidah penulis (bukan aurad Muhammadiyah) khususnya di sepanjang keberadaan di salah sebuah SBP sekitar tahun 1991-1991. Penulis tidak pernah menyertai parti agama secara formal. Hanya pernah menyertai usrah peri...

Memandu bawah 60km

Imej
 2 Safar 1442 Penulisan di blog semakin longlai dan melemah. Kemalasan untuk menekan butang kekunci di komputer riba semakin menjadi². Sepatutnya di sepanjang percutian Covid 19, banyaklah perkara lagi yang boleh ditulis. Namun kepenjaraan seumpama tahanan di rumah sendiri tidak memberikan impak besar terhadap perkembangan minda. Mungkin bagi sesetengan orang, ianya satu laba untuk dunia penulisan. Semakin senang update status dan penulis di media sosial (medsos). tapi bagi sesetengah manusia seumpama penulis, pecutian Covid menjadi hambar, lebih² lagi bila melihat iklim politik negara menjadi tidak menentu, sama seperti isu perubahan iklim dunia. Peribahasa melayu, menang jadi arang kalah jadi abu , mungkin sangat relevan untuk menunjukkan iklim politik terkini sewaktu pra percutian covid itu... Apa yang hendak dikongsikan pada hari ini ialah pengalaman penulis menumpang sebuah grab dengan harga RM12 di sekitar kota kembar Gotham City atau mungkin kota inilah Gotham City yang real...

PRK di hari asyura

Imej
11 Muharram 1442 Semalam telah berlangsung PRK untuk DUN SLIM yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, dan dua tandingan tiket bebas. Salah satu calon bebas adalah merupakan proxy kepada parti termuda yang dipimpin oleh politikus tertua tanah air. Keputusan PRK sebagaimana yang telah diketahui umum sejak hari penamaan calon lagi, tentulah berpihak kepada BN.  Keputusan PRK Slim Apa yang menarik untuk diulas ialah pihak parti termuda begitu bersungguh untuk memenangi PRK ini bagi membuktikan bahawa parti mereka masih relevan dipimpin oleh politikus tertua negara. Bahkan pengasas parti tersebut yang telah tiga kali dilantik selaku PM turun untuk berkempen bersama juak-juak PH jua yang membantu. Jentera PH ++ nampaknya turut membantu kempen tersebut meskipun tanpa kelibat presiden PH sendiri.  Apakah ini merupakan petunjuk bahawa politikus tua sudah semakin kehilangan pengaruh? Terdapat penganalisis politik yang berpandangan demikian. Mungkin analisis itu ada b...

Melayu dan angan-angan

Imej
 10 Muharram 1442 Hari yang sangat dimuliakan oleh semua masyarakat muslim, khususnya yang bermazhab syiah dimana mereka bermuram durja sejak tanggal 1 Muharram lagi dengan kemuncaknya pada hari ini bagi memperingati kesyahidan Hussein Ibn Ali di karbala akibat tindakan tidak bermoral tentera kuffah dibawah kepimpinan Ibn Ziyad yang merupakan gabenor Kufah ketika itu... Orang-orang Melayu Muslim khususnya di Nusantara juga ada yang mempunyai kefahaman sendiri terhadap Muharram ini. Ada kepercayaan di kalangan orang Melayu yang senior bahawa bulan Muharram ini merupakan bulan yang membawa malang. Perkara ini menjadi terlebih khusus pada 10 Muharram hingga bagi mereka yang ekstrem, akan melarang ahli keluarga dari pergi berjimba-jimbaan seperti berkelah, berkelana dan sebagainya kerana khuatir kepada nahas yang dikatakan wujud pada Muharram ini. Ternyata dan jelas bahawa berkemungkinan ianya berasal daripada cedokan kefahaman golongan syiah ghulat yang sangat mempercayai keberkatan m...