Catatan

Sarapan Pagi : Di Dapur Pak Usop

Imej
  10 Jamadil Awwal 1442 Jumaat yang berkah di bumi kawasan mukim tengah selatan semenanjung emas. Penulis berkesempatan menikmati sarapan pagi di warung Pak Usop yang terletak di taman majupadu.  Antara yang menarik yang ditawarkan di sini ialah lontong darat, bubur berlauk, roti canai dan juga roti bakar. Terdapat juga jualan makanan goreng panas namun ianya hanya bermula pada sebelah tengahari. Terdapat ramai juga pelanggan yang berkunjung untuk menikmati sarapan pagi di sini, dan boleh dikatakan kebanyakan mereka terdiri daripada staf pejabat kerajaan tempatan yang terletak tidak jauh dari lokasi. Warung ini ditutup setiap hari Rabu. Harganya agak berpatutan .. Kepada Allah diserahkan segala urusan

berangkat ke kota madinah

21 Rajab 1440 ... Khamis terakhir di bumi Bakkah Ziarah ke baitullah berakhir pada hari ini. Pagi seusai subuh, penulis mengelilingi kaabah lagi untuk mendapatkan kebekahan .. Kemudian naik ke hotel untuk menikmati sarapan terakhir di Makkah. Tawaf wida dijangka akan dilaksanakan sekitar jam 11 pagi. Seusai sarapan, penulis berjalan menuju ke kedai menjual jubah di aras bawah hotel. Hotel yang mengadungi pasaraya ini menawarkan lokasi yang baik untuk membeli belah. Meskipun ada suara yang mengatakan pembelian di bumi madinah lebih murah, namun godaan untuk membeli tetap muncul di sanubari. Beberapa hari lepas, penulis menemui sebuah kedai menjual minyak wangi yang menawarkan minyak wangi yang murah. Dengan harga SAR15, botol yang ditawarkan kelihatan amat menarik, namun aromanya hanya sebentar cuma. Ianya tidak dapat bertahan lama. Dengan membeli lebih daripada sebotol, anda akan dapat membawa balik minyak wangi ini dengan harga SAR10 sebotol!! Tatkala berehat di bilik,...

Penutup 2020

Imej
 26 Rabiul Akhir 1442 bersamaan Jumaat Maka kita telah mula meniti hari² terakhir di tahun masihi 2020. Tahun yang dahulunya dinyanyikan saban waktu di kaca² televisyen akan wawasan yang diimpikan. Juga tahun dimana kapsul masa yang ditanam di bawah mercu tanda Putrajaya akan dibuka. Tapi sehingga tulisan ini ditulis pada jam 12 tengah malam, masih belum ada sebarang petunjuk untuk kapsul tersebut dibuka. Barangkali, jika OT95 (menggunakan perkataan ISO) masih menjawat jawatan PM, ada kemungkinan kapsul tersebut akan dibuka pada selewat²nya pada malam 31 Disember barangkali. Namun, dek kerana keadaan sekarang yang masih bergelut dengan modal Covid 19 dan bilangan pesakit yang berlebihan jumlah berbanding rendah pada saban hari, maka ada kemungkinan kapsul tersebut akan terus tersimpan kemas di perut bumi tanpa dipedulikan. Boleh jadi, suatu hari nanti, mungkin selepas 100 tahun tertanam kemas di dalam perut bumi, akan ada yang terjumpa ianya sebagai satu bentuk bahan bersejarah pul...

Mencari penawar rasuah

Imej
 27 Rabiul Awwal tahun ke 1442 hijrah ar Rasul.. Jumaat penghulu segala hari menjelma kembali di hujung bulan kelahiran Rasulullah    ﷺ. Meski sambutan maulid pada tahun covid ini tidak semeriah tahun sebelumnya, namun keazaman kaum asyaira a.k.a aswj aliran nusantara untuk mempamerkan kecintaan terhadap junjungan tidak pernah sirna. Mereka tetap berusaha keras untuk melaksanakannya dengan penciptaan SOP tertentu demi memastikan kelangsungan sambutan dapat diteruskan dan agenda kecintaan terhadap banginda Rasul    ﷺ diteruskan mengikut   arus pandang yang telah diwarisi sejak turun temurun. Bahkan pada Jumaat awal 12 Rabiul Awwal lagi, kaum asyaira ini telah menggubal khutbah khusus untuk membela acara maulid, bukan untuk menceritakan kecintaan kepada Nabi    ﷺ , tetapi yang harus dipertahankan dan lebih utama adalah acara sambutan itu sendiri yang dikatakan telah diamalkan oleh ulama sejak dahulu. Namun sayang sekali, mereka gagal mendalilkan ser...

PKPB menjelma lagi

Imej
 22 Rabiul Awwal 1442 Dah sebulan lebih rupanya penulis berpindah ke bangunan pejabat baharu. Bangunan pejabat yang kelihatan lebih 'mewah' dari pejabat biasa. Bangunan yang boleh dibanggakan meski berkongsi kasih dengan pihak pembesar yang bijaksana, jika dibandingkan dengan bangunan sebelumnya yang meski dikuasai 95% (kerana lebihnya dimilik sama dengan pejabat lain juga) namun pada zahir kelihatan uzur dan kurang selamat. Penulis tidak mahu mengulas panjang berkaitan pejabat baharu atau pejabat lama. Yang menjadi agneda panas dimana² pada hari ini ialah pengisytiharan PKPB oleh Menteri Kanan semalam yang akan berlangsung mulai esok sehingga sepurnama lamanya. Ramai yang terkeliru bahawa PKPB bermakna WFH atau BDR bakal seiring sejalan bersama. Tetapi telahan tersebut agak tersilap. Meski yang berlaku di darul ehsan dan putra jaya menyebabkan hanya 10% sahaja yang boleh bekerja dengan jayanya di pejabat dan selebihnya menikmati skim bekerja di rumah, namun pada kali ini di wi...

Kisah Sisi gelap Food panda

Imej
 15 Safar 1442 daripada hijrah ar rasul Semalam riuh rendah di kalangan warga net tentang tweet oleh Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan akan kemungkinan lock down 2.0 bakal diisytiharkan semula. Ada segelintir warga net mengongsikan paparan tajuk mesyuarat yang dikatakan akan berlangsung untuk menentukan keadaan semasa. Tidak kurang yang berkongsi paparan roti gardenia yang dikatakan bakal menjadi bahan makanan rebutan kembali di carta hati pengguna. Penulis terkenang antara beberpa peristiwa yang berlaku tatkala lock down 0.1 atau perintah kawalan pergerakan (PKP) tempoh hari. Antara yang menjadi top ten carta hati pengguna negara pada waktu tersebut jenama Food Panda. Pada suatu petang yang terik, isteri penulis membuat pesanan makanan segera (fast food) di salah sebuah restoran makanan segera terkemuka di negara. Jika penulis tidak salah, ianya merupakan satu-satunya restoran makanan segera negara yang masih enggan atau tidak mesra dengan penggunaan e-wallet, e-dompet atau ap...

Solat Berjamaah PKPP

Imej
 2 Safar 1442 PKPP disambung sehingga akhir tahun 2020. Ini membawa maksud segala SOP berkaitan pencegahan covid diteruskan. Termasuklah antara amalan yang dikhususkan di dalamnya ialah memakai topeng tatkala berada di tempat² awam termasuk di dalam masjid. Antara yang menjadi topik hangat di kalangan ulama ialah pelaksanaan jarak ketika mengerjakan solat berjamaah kerana dikatakan bertentangan dengan suruhan asal oleh Nabi  ﷺ Daripada Abu Mas’ud RA berkata: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.”  Riwayat Muslim (432) Oleh yang demikian, ulama seperti Syakh Imran nazar Hosein menyatakan bahawa umat Islam kini telah dijebak oleh perangkap dajjal kerana melaksanakan solat be...