Catatan

Warung Kerang : Sudah jadik Warung Kupang

Imej
 22 Syaaban 1442 (Ahad) Hari pertama bekerja di pejabat untuk minggu ini. Agak banyak juga surat yang perlu dikeluarkan. Al maklumlah pejabat tanpa jurutulis, maka jadilah penulis selaku jurutulis, penyelia dan juga kadang² pegawai(?) Dek kerana kelaparan yang mula merobek usus besar, bersegera penulis berlari menuruni anak tangga pejabat menuju ke kenderaan yang telah diparkir di lokasi teduhan sementara. Dalam kereta masih berfikir, kemana hendak meredakan didihan asid di dalam liang usus ini? Adakah di dalam kawasan pejabat sahaja atau di luar? Biasanya penulis akan mengajak rakan lain sebagai peneman bicara di jalanan, di meja makan dan juga ketika pulang dari menjamu selera. Tapi kali ini penulis fikir, lebih baik sendirian, kerana mungkin orang lain ada tugasan penting yang perlu disiapkan. Apabila penulis mempelawa, khuatir akan timbul perasaan serba salah untuk memenuhi permintaan atau meneruskan tugasan. Jadi untuk jalan selamat, pergi sendirian... Maka penulis terkenang a...

Sorotan kembara silam : kacamata fasi liar kajian di Taman Herba

Imej
 7 Syaaban 1442 Ramadhan sang kekasih sudah semakin menghampiri pintu kediaman kita. Marhaban Ya Ramadhan ... Moga Allah rezkikan kita bertemu kembali di tahun ini. Tahun yang digembar gemburkan oleh majoriti bani melayu, khususnya di kawasan Hindia Timur sebagai tahun pembaiahan Al Mahdi Al Muntazar. Tahun ini juga digembar-gemburkan sebagai tahun dimana The False Messiah , atau nama lain bagi Al Massih Ad Dajjal akan menyembelih lembu berwarna merah sekitar September yang dikatakan telah lahir pada 2018. Atau sekiranya gagal pada September ini, akan disembelih pada Sept 2027. Teringat akan gemburan kisah suara mengguntur pada malam ke 15 Ramadhan 1441 yang diviralkan dengan sebegitu rupa pada sebelumnya. Juga oleh bani melayu, cuma tidak dapat dikenalpasti dari kabilah anti baksin atau kabilah penunggang ... Penulis terlibat sebagai fasi untuk program pembangunan sahsiah staf di organisasi bermula sekitar tahun 2005. Hampur setiap bulan menyertai program tersebut. Jika tidak seca...

Sorotan kembara silam : Kembara Pertama di Kem Nasuha

Imej
 24 Rajab 1442 Pihak pengurusan organisasi memutuskan untuk meneruskan program sebagaimana Sungkai tetapi mengikut acuan dan fasi sendiri dari kalangan staf. Berikutan itu, satu jawatankuasa dibentuk dan pemilihan fasi dibuat untuk memikul tugas yang berat tersebut. Dalam siri TOT yang pertama dilaksanakan di lokasi bebrbukit tersebut, penulis adalah merupakan salah seorang peserta. Tidak ketahuan pula sebagai pelengkap, atau pelakon tambahan atau sekadar bahan ujikaji setaraf tikus putih makmal. Sorotan kembara yang dilakukan adalah pada sebelah siang sehari sebelum hari terakhir program yang memakan masa 4 hari tiga malam untuk diselesaikan, sama seperti Sungkai yang menjadi rahim atau tabung uji. Proses pembesaran embrio program dilakukan di sini, taman herba di daerah parlimen PM ke lapan dalam senarai PM negara... Perjalanan kembara bermula se awal jam 8 pagi dengan sesi taklimat ringkas. Taklimat panjang telahpun dilaksanakan pada sebelah malam tadi. Semua peserta diminta mem...

Sorotan Kembara Silam : Sungkai Dalam Lipatan Pengalaman Usang

Imej
 24 Rajab 1442 Sekitar tahun 2004, penulis dan beberapa rakan seorganisasi telah terpilih untuk menyertai kursus nilai teras organisasi di lokasi yang melebihi dua marhalah dari ibu pejabat. Sungkai dalam negeri perak, terletak di dalamnya kem yang dikelilingi kebun getah. Tanah persendirian milik syarikat tersebut. Di bahagian belakang kem terbentang sebatang sungai yang mengalir lesu dengan warna keruh seperti teh tarik di kedai mamak. Oleh kerana penulisan ini hanya memfokuskan tentang slot kembara, maka penulis tidak berhajat untuk memperpanjangkan bab lain yang berkaitan memandangkan ianya pernah ditulis sebelum ini ( https://abuzair.blogspot.com/search?q=sungkai). Kembara sungkai juga dilaksanakan pada waktu malam. Seusai makan malam dan selepas menerima penerangan panjang daripada pihak urusetia, kami memulakan perjalanan merentas hutan pokok getah seawal jam 9.30 malam. Kami bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang kalau tidak silap. Masing² bergaya dengan lampu suluh me...

Sorotan Program Motivasi Zaman Lampau : Kembara Burung Hantu Tanpa Hantu

Imej
 21 Rajab 1442 Jumaat pertama di mana masjid dibuka seluas 1/3 daripada keluasan masjid untuk dihadiri bagi solat Jumaat dan juga solat berjamaah. Maka ruang masjid sudah mula dimanfaatkan kembali oleh jamaah yang selama ini 'terhalang' untuk menghadiri aktiviti solat berjamaah, sama ada solat lima waktu ataupun solat Jumaat khususnya. Segala Puji Bagi Allah yang telah meluaskan hati pihak berkuasa untuk membenarkan kembali rumah-rumahNya dimakmurkan. Cuma jamaah sedang berdebar² menantikan Ramadhan kali ini. Apakah akan kembali ceria seperti sebelumnya atau sama sahaja dengan qiam di rumah di sepanjang malam² Ramadhan, juga terpaksa juga iftaar di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja dengan memasak juadah tersendiri tanpa boleh menghadiri bazaar Ramadhan yang menjadi igauan ? Tatkala memandu pulang ke kediaman dari bandar batu yang dipahat itu, penulis terkenang satu tajuk untuk dicoretkan, iaitu program kembara. Sememangnya penulis bukanlah yang layak untuk menyoroti topik ...

Bedah Buku - Sejarah Arab Saudi

Imej
 17 Rajab 1442 Selepas beberapa minggu, baharulah selesai membaca buku Sejarah Arab Saudi Buku Pertama Membongkar Sejarah Islam Di Semenanjung Arab  - Hijjaz (Makkah-Madinah) Sejak Zaman Rasulullah sehingga sekarang. Buku ditulis oleh Dr Abdul rahman Hj Abdullah, pensyarah subjek Sejarah USM dan diterbitkan oleh Hijjaz Record Publishing pada Januari 2021. Mengandungi empat bab dengan ketebalan 268 mukasurat. Bab pertama membicarakan mengenai sejarah awal bumi Hijjaz sejak zaman pra-islam sehinggalah ke zaman takfiri iaitu pasca kejatuhan abasiyyah dan jatuh bangun kerajaan kecil Islam yang menguasai hijjaz seperti beberapa kerajaan kecil yang berfaham syiah. Ternyata di sepanjang pemerintahan Bani Umayyah (661- 750 M) wujud tiga siri pemberontakan besar kaum syiah, Di sepanjang pemerintahan abbasiyyah (750 - 1258M) pula muncul tujuh pemberontakan oleh alawiyyah yang berpegang kepada fahaman syiah dan pada penghujung zaman tersebut menyaksikan kuasa pentadbiran dipegang oleh go...

Catatan Amalan Penduduk Pekan Kembar Gotham City Di Hari Jumaat - Siri II

Imej
 7 Rajab 1442 1. Antara amalan yang dikhususkan pada malam Jumaat ialah berkumpul beramai-ramai untuk membaca surah Yassin selepas solat Maghrib. Ianya diikuti pula amalan membaca tahlilan sehingga menjelang waktu Isya. Seusai solat Isya, akan wujud jamuan untuk dinikmati bersama jamaah. Pada waktu PKP, jamuan dibungkus dan diedarkan kepada jamaah untuk dibawa pulang. komen penulis, Tiada isyarat khusus dari Junjungan  ﷺ  berkaitan amalan membaca yasin dan tahlilan pada malam Jumaat. Jika yang dipegang adalah bersandarkan kepada hadith    “Barangsiapa membaca (surah) Yasin pada suatu malam, ia berada di pagi hari dalam keadaan telah diampuni. Barangsiapa membaca (surah) ad-Dukhan pada malam Jumat, ia berada di pagi hari dalam keadaan telah diampuni,” adalah hadits palsu. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnul Jauzi rahimahullah dalam al-Maudhu’at. Ibnul Jauzi rahimahullah berkata, “Ad-Daruquthni berkata, ‘Muhammad bin Zakaria (perawi hadits ini) memalsukan hadits’.”...