Catatan

Aktor politik yang merosakkan politik

Imej
 8 Muharram 1443 Gempar lah sekelian alam pabila pemerintah ke lapan dinasti melayuwiyah melepaskan pakaian kuasanya  pada 7 Muharram 1443 secara rasmi. Maka gembira sang penentang tidak terhingga adanya. Sedih sang penyokong dan para lubalang negara. Beberapa negeri kedengaran juga bunyi-bunyian seolah ada gempa bumi tetapi berskala rendah. Hanya terasa menggigil tanah sahaja katanya. Negeri di hujung benua selatan seawal kokokan jantan telah mengakui taat dan setia kepada ketua negerinya meski berlainan akan kefahaman perjuangannya yang asalnya adalah satu jua...menghidupkan bangsa yang senantiasa hendak tidur adanya. Mungkin khuatir ia akan murka... Maka sebenarnya politik ini dikotori kesuciannya oleh tangan para aktor yang haloba. Katakan jika pemegang keris telanjang hanya diam dan tidak membuat bantahan, nescaya kukuh jua kerajaan melayuwiyyah kelapan ini adanya tanpa terkesan dek gegaran gempa. Biarlah gergasi mahupun garuda menyerang, namun kerana kukuhnya ikatan MUAF...

Kisah Amalan 1 Muharram 1443 di bumi kembar Gotham City

  1 Muharram 1443 hijriah Sambutan rasmi kerajaan melayu-islam sejak mencapai kemerdekaan (mohon betulkan jika salah) sebagai lambang atau syiar tekad sebuah kerajaan yang komited terhadap Islam sebagai agama persekutuan. Perlembagaan negara dengan tegas menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Maka ianya boleh ditafsirkan sebagai agama yang mempunyai keisitimewaan dan terletak kepada pihak eksekutif dan legislatif serta kehakiman untuk membuat tafsiran yang boleh menguntungkan Islam ataupun mengkesampingkan agama itu. Sejak merdeka lagi, umat Islam terbahagi dua dalam menafsirkan perkara 3 yang termaktub dalam perlembagaan ini. Sebagian yang berfahaman sekular lebih gemar menafsirkan mengikut selera penjajah yang menjadi guru mereka, bahawa ianya hanyalah sekadar agama rasmi yang boleh ada dalam majlis rasmi, pertabalan, angkat sumpah dan selainnya, tidak lebih dari itu. Segolongan lagi menafsirkan dalam kerangka lebih luas yang boleh memartabatkan Islam sebagai agama ter...

Kisah Bendera yang belum dikibarkan

Imej
  25 Zulkaedah 1442 Selepas 42 hari medan ruang solat berjamaah di surau dan masjid yang seluas padang bola adanya hanya terus dikuasai oleh golongan empat orang yang terpilih dari kalangan AJK yang berkemungkinan akan mendapat surga tanpa hisab...dan sudah 4 atau lima minggu solat Jumaat juga dimonopoli secara giliran berasama 12 orang lelaki pilihan di sekitar qaryah dengan sejumlah pegawai syarak di hujung selatan semenanjung emas yang ma'mur.. Sehingga hari ini, pengkisahan tentang jumlah jamaah solat adalah yang paling rendah mendapat tempat di hati warga medsos. Penceritaan dan pengkisahan di twiter, FB, IG apalagi grup wassap kampung, taman, surau , pejabat dan lain-lainnya juga hanya berkisar tentang politik yang tidak pernah puas oleh segelintir ahli politik liar yang kelaparan dan kehausan kuasa bahkan menjadi tamak dan khuatir pula akan kehilangan kuasa. Tentang jumlah yang dibenarkan ke pasar, ke kantor dan ke supermarket, jumlah jiran tetangga yang semakin terhimpit ke...

Malam suram PKP

 13 Syawal 1432 Seusai solat Isya yang terakhir sebelum penguatkuasaan pengurangan (?) bilangan jamaah solat dimasjid daripada 50 orang kepada 12 orang sahaja, manakala di surau daripada 20 orang kepada empat jamaah sahaja berikutan peningkatan kes baharu covid-19. Melintas landasan keretapi di tengah kota Bat-City seawal jam 8.50 malam terasa terlalu sunyi kerana hanya kenaikan penulis sahaja yang wujud. Tidak seperti malam² sebelumnya yang menyaksikan puluhan kenderaan akan berderet menanti lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Melalui kota lama Bat-City juga terasa terlalu suram dengan kesemua kedai ditutup rapat. Kenderaan hanya ada sebuah dua sahaja yang melalui jalan dua hala dua lorong itu. Sangat berbeza tatkala Ramadhan yang meskipun tidak semeriah Ramadhan 1440, ianya lebih meriah dari Ramadhan 1441 dengan bazaar yang menjadi igauan masyarakat kota tersebut untuk bersiaran seusai iftaar. Hatta stesen minyak juga ditutp awal sekali. Alangkah baiknya jika keadaan seumpama i...

Ramadhan 1442 telah melangkah pergi

 5 Syawal 1442 PKP 3.0 yang diumumkan oleh pimpinan telah melayukan nafsu geng syawalian meneruskan agenda beraya sebulan sebagaimana slogan agung mereka yang dilagukan oleh para artis yang sememangnya golongan yang paling terkesima pabila munculnya syawal di ufuk timur akhir Ramadhan saban tahun. Allah  ﷻ  hendak memberikan kita satu pesanan melalui covid-19 "tinggalkanlah amalan membazir dan bersuka-sukaan itu buat selama-lamanya".. Namun gejolak nafsu berahi beraya sakan ini sukar untuk dilupuskan sama sekali. Keliaran mereka sukar untuk dibendung. Maka munculnya pelbagai aksi di persekitaran. Anehnya, mereka seolah dijaga oleh tangan ghaib yang mampu menentukan masa depan negara (?) Mengiringi pemergian Ramadhan ialah tragedi di Al Aqsa yang mencetuskan ketegangan serius di timur tengah. Namun fasa itu berjaya ditenggelamkan dek keseronokan syawal geng syawalian yang masih berahi untuk menyambut hari raya. Kegelisahan membendung nafsu beraya turut dikongsi dimana² han...

Catatan amalan penduduk Bat Town (Kembar Gotham City) : Edisi Nisfu Syaaban dan Tahlil Mega

 24 Syaaban 1442 Gema Ramadhan semakin hampir. Aromanya telah mula dapat dihirup akan wewangiannya. Dia sudah berada di ambang sempadan untuk masuk kedaerah kehidupan kita. Cuma kita yang tentu dapat menemuinya meskipun sudah kedengaran derapan kakinya di halaman rumah kita. Boleh jadi Izrail a.s mendahului Ramadhan pada tahun ini bagi menutup diari kehidupan kita. Antara amalan biasa yang dilakukan oleh penduduk Bat Town ialah meraikan malam ke 15 daripada tarikh kiraan bulan Syaaban. Majoriti percaya bahawa malam ini doa dimakbulkan sebagaimana riwayat yang dinyatakan mengenai perkataan Al Imam Syafie antara malam yang dipercayai dikabulkan akan doa ialah pada malam ke 15 Syaaban. Maka penduduk kota ini akan berkumpul di masjid, surau, musalla bahkan jika tidak berkesempatan, di rumah masing² seusai solat Maghrib untuk membaca surah yassin sebanyak tiga kali. Kali pertama dibaca untuk hajat tertentu, begitulah juga yang kedua dan juga yang ketiga. Amalan ini dilakukan sejak turun...

Warung Kerang : Sudah jadik Warung Kupang

Imej
 22 Syaaban 1442 (Ahad) Hari pertama bekerja di pejabat untuk minggu ini. Agak banyak juga surat yang perlu dikeluarkan. Al maklumlah pejabat tanpa jurutulis, maka jadilah penulis selaku jurutulis, penyelia dan juga kadang² pegawai(?) Dek kerana kelaparan yang mula merobek usus besar, bersegera penulis berlari menuruni anak tangga pejabat menuju ke kenderaan yang telah diparkir di lokasi teduhan sementara. Dalam kereta masih berfikir, kemana hendak meredakan didihan asid di dalam liang usus ini? Adakah di dalam kawasan pejabat sahaja atau di luar? Biasanya penulis akan mengajak rakan lain sebagai peneman bicara di jalanan, di meja makan dan juga ketika pulang dari menjamu selera. Tapi kali ini penulis fikir, lebih baik sendirian, kerana mungkin orang lain ada tugasan penting yang perlu disiapkan. Apabila penulis mempelawa, khuatir akan timbul perasaan serba salah untuk memenuhi permintaan atau meneruskan tugasan. Jadi untuk jalan selamat, pergi sendirian... Maka penulis terkenang a...