Catatan

Kisah Anak Tentera : Aktiviti & Permainan di Dalam Kem Tentera

Imej
 13 Rabiul Akhir tahun ke 1443 daripada hijrah Ar Rasul  Anak tentera yang 'terkurung' dalam kem tentera sebenarnya mempunyai banyak aktiviti permainan yang boleh dibuat bersama rakan² secara berjamaah. Agak jarang sekali anak tentera menghabiskan aktiviti secara 'persendirian' di dalam rumah. Mungkin juga faktor generasi yang belum pernah terjumpa dengan internet menjadi penyumbang utama. Tidak dinafikan jika pada hari ini, penulis berpandangan adalah lebih selamat untuk anak² berada di dalam rumah beraktiviti sendiri meskipun hanya di hadapan gajet kerana keadaan luar rumah yang tidak menentu dengan kes penderaan, pencabulan, penculikan dan pelbagai lagi...berneza dengan keadaan dan situasi sekitar tahun 80 an... Antara aktiviti permainan kami di dalam kem ialah bermain roundus. Apakah itu permainan roundus? Boleh jadi pembaca boleh melihat sendiri pada tulisan ini   https://www.jurnalponsel.com/permainan-rounders/ Permainan ini agak mengasyikkan dan selalunya bermula...

Kisah Anak Tentera : Mari Mengaji

Imej
 15 Rabiul Awwal tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul  Sebagaimana anak² lain yang Muslim, maka agenda mengaji al quran adalah merupakan salah satu agenda wajib. Dek kerana negeri di bawah bayu tidak menyediakan kelas pengajian agama secara formal sebagaimana darul ta'zim, maka kelas² pengajian al quran adalah penting bagi memastikan generasi akan datang dapat membaca al quran dengan fasih. Maka penulis telah dihantar untuk mengikuti kelas pengajian al quran di masjid jame tentera. Terdapat kelas pengajian dengan meja ala kelas persekolahan. Namun hanya sekejap sahaja. Mungkin tidak sampai sebulan dek kerana keadaan yang agak kucar kacir dengan kenakalan anak² tentera yang tidak terkawal. Ibu bapa penulis telah menghantar pula penulis berguru al quran dengan seorang guru mengaji di blok yang sama. Hampir setiap malam seusai waktu maghrib, penulis dan beberapa orang anak tentera yang lain akan bersama mempelajari al quran dari guru yang tersebut. Sistem pengajian secara talaqqi i...

Kisah Anak Tentera : Main Perang Perang

Imej
 12 Rabiul Awwal 1443 dari hijrah Ar Rasul Antara permainan biasa yang menjadi igauan anak² tentera yang duduk di dalam kem ialah bermain perang-perang. Meskipun banyak terdapat permainan lain seperti polis sentri, galah panjang, sorok² dan sebagainya, namun permainan perang adalah agak eksklusif dan istimewa. Ini adalah kerana persediaan perang perlu dibuat dengan teliti. Jumlah penyertaan juga melibatkan kuantiti yang agak ramai. Alatan senjata yang digunapakai ialah papan yang mungkin boleh direkabentuk sebagai senapang, getah gelang dan juga peluru. Tiga perkara ini sudah cukup untuk menyertai peperangan. Mungkin senapang kayu atau papan tidak begitu penting dari segi rupa penampilan. Namun getah dan pemilihan peluru dilihat sangat penting. Oh ya, terlupa lagi satu alat ialah penyepit baju kayu.  Jumlah getah gelung yang banyak akan lebih menguatkan senapang untuk memberikan impak yang labih kuat dan jauh. Sepit baju kayu perlu diikat juga pada laras senapang dengan kukuh....

Kisah Anak Tentera : Berpuasa dan Beraya di dalam kem

Imej
 1 Rabiul Awwal 1443 Penulis mula di asuh untuk berpuasa oleh kedua orang tua penulis sekitar usia lapan tahun...Bersamaan tahun pertama berada di negeri di bawah bayu. Sepanjang di Lok Kawi Kem, amat jarang sebenarnya penulis dapat keluar pagar kem, apalagi untuk menikmati keindahan bandaraya Kota Kinabalu memandangkan ayah penulis tidak mempunyai kereta mahupun motosikal. Yang ada hanya sebuah basikal tua yang ditunggang untuk pergi bekerja. Selepas tahun kedua atau tahun ketiga baharu kelihatan ayah memiliki sebuah motosikal honda cup tua... Berpuasa di dalam kem tentera mungkin hampir serupa dengan berpuasa di kampung. Kami anak² tentera juga terlibat untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat tarawih secara berjamaah. Seronoknya ialah kami pergi ke masjid beramai² dan terkadang sambil menyanyi lagu² tertentu. Mungkin sekadar untuk berseronok sahaja. Tiada istilah untuk balik kampung semasa hari raya kerana faktor kampung yang jauh di semenanjung dan ketiadaan cuti yang panjan...

Kisah Anak Tentera : Lok Kawi Kem Kota Kinabalu

Imej
 28 Safar 1443 Penulis mengikut orang tua berpindah ke Sabah ketika berusia lapan tahun, sekitar tahun masihi 1983. Almarhum ayah penulis seorang tentera berpangkat satu calit atau dipanggil Lans Koperal. Beberapa bulan sebelum membawa kami berpindah, beliau telah lebih dahulu di arah bertukar ke Kem Lok Kawi Sabah. Kemudian, beliau membawa kami sekeluarga yang terdiri daripada ibu, penulis dan seorang adik perempuan. Seorang lagi adik lelaki penulis tinggal bersama atuk. Sehari atau dua hari sebelum berangkat, kami menaiki keretapi dari bandar Ipoh menuju ke Kuala Lumpur. Pada waktu itu, almarhum atuk dan nenek tinggal di bandar Ipoh. Penulis masih ingat akan almarhum ibu penulis yang menangis sewaktu berangkat. Mungkin lokasi perpindahan yang agak jauh yang memungkinkan untuk tidak dapat selalu bertemu dengan kaum keluarga. Di KL, kami tinggal sementara di rumah saudara sebelum menaiki kapal terbang untuk terbang ke Sabah.  Pada waktu itu, lapangan terbang tentera terletak d...

Back To The Basic

 16 Safar tahun ke 1443 daripada Hijrah Ar Rasul   ﷺ Seminggu telah berlalu selepas berjaya melalui atau menyaksikan temasya majlis walimah simple pada zaman PKP fasa 1. Sememangnya cabaran untuk melaksanakan majlis dalam masa ini agak terkawal berbanding pada zaman keemasan pra pandemik. Tetamu tidak digalakkan untuk datang meski ada hidangan yang disediakan. Hanya ahli keluarga terhampir yang disahkan sihat sahaja yang selayaknya datang bertamu dengan masa kehadiran yang ditetapkan untuk mengelakkan pertemuan bersakala besar pada satu satu masa. Persediaan pelaminan tetap terbina dengan sentuhan tangan para amatur yang hanya seorang sahaja. Itupun dari kalangan ahli keluarga terhampir yang mempunyai sedikit kepakaran. Majlis akad nikah hanya diadakan di pejabat penguasa agama dengan kehadiran yang amat terhad. Seusai urusan aqad nikah, mempelai menguruskan diri bersama pasangan yang baharu menjadi halal. Ahli keluarga yang kecil duduk bertandang di rumah pengantin menanti hi...

Riwayat kereta 3

Imej
 24 Muharram 1443 Citra berwarna hitam dengan nombor pendaftaran JKX 1432 akhirnya menamatkan perkhidmatan dengan penulis sekitar Mac 2017. Dalam keadaan yang agak usang, tayar hadapan botak teruk hingga terpaksa menggunakan tayar 2nd hand disebabkan masalah kewangan, maka ianya ditukar ganti dengan pihak kereta nasional kedua dengan harga sekitar 10K. Pada awalnya itulah harga yang dipersetujui. Selepas dirundingi, kadar itu boleh dinaikkan lagi RM500.  Maka kereta berusia 9 tahun dalam pegangan dan jagaan, pernah sekali dilaksanakan pembiayaan semula bagi mengurangkan amaun bayaran bulanan bertukar tangan. Banyak kenangan suka duka bersama kenderaan hitam itu. Paling jauh, pernah berkelana hingga ke Kelantan Darul Naim. Masa tu kondisi enjin masih baik.  Cuma masalah citra yang biasa ialah pada tangki air enjin (radiator) yang kerap mengalami kebocoran. Penulis rasanya tiga ke empat kali (dah lupa....entah² lima kali) tukar tangki enjin disebabkan masalah kebocoran. San...