Catatan

Jurnal : Hari Pertama Selaku 41

Imej
  13 Jamadil Akhir 1443  Pagi hari yang cerah secerah pawana...penulis agak terkejar² untuk membuat simulasi bagi menghantar anak² lebih awal ke sekolah. Ini berikutan perpindahan penulis dari ibu pejabat ke pejabat cawangan kecil yang terletak lebih dua marhalah dari kediaman teratak penulis. Penulis berjaya mencari sarapan pagi di warung yang telah mula menyediakan sarapan seawal jam 5.30 am dakwanya. Maka ianya boleh dijadikan hot spot untuk hari² seterusnya memandangkan tiada warung menjual sarapan berbungkus yang lebih awal darinya di sekitar radius teratak penulis.. Berjaya meninggalkan teratak sekitar jam 6.50 am meski hari masih gelap. Ini berikutan waktu fajar sadiq semakin lewat di daerah tengah dan kawasan² yang sewaktu dengannya iaitu kira² jam 6.02 pagi... Penulis berjaya tiba di pekan satelit yang menjadi titik tengah antara dua pekan sekitar jam 7.30 am dan hanya mencecahkan kad pekerja di mesin pengimbas buat kali terakhir dengan kad tersebut dengan catatan jam...

kisah-kisah buli - zaman IPTA

Imej
 5 Jamadil Akhir 1443 dari tahun hijrah ar rasul 84 hari menjelang Ramadhan Bukan hanya setakat di sekolah SBP, buli juga adalah satu budaya yang bermain di sekitar institusi pengajian tinggi. Ianya juga dibuat secara terancang dan juga tidak terancang. Secara formal dan juga tidak formal. Melangkah masuk ke salah sebuah IPTA, kini dikenali sebagai UA yang tersohor di seantero dunia. Sesi MSR, yang kedengaran lunak dan berbau islami itu hanya alat propaganda untuk menghalalkan buli secara teknikal. Seawal malam pertama sang siswa siswi telah dibuli dengan acara menghafal lagu institusi. Tapi sayang, bukan lagu yang formal. Sungguh aneh bukan? Kemudian, diedarkan kertas dengan arahan mendapatkan tandatangan kesemua OC (Orientation Committee) dengan alasan mencari kemesraan. Kaedah kedengaran mudah tetapi untuk mendapatkan tandatangan setiap OC banyak karenah yang perlu ditempuh. Tidak dinafikan, ada OC yang menjunjung tinggi nilai Islami. Sekali minta, tidak dihampakan. tetapi ada y...

Kisah-kisah buli : Zaman SBP

Imej
 2 Jamadil Akhir Tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul Zaman berada di SBP (Sekolah Berasrama Penuh) adalah satu zaman antara yang manis untuk dikongsikan bersama. Penulis pernah berada di SBP selama dua tahun dari 1991 hingga 1992. Walaupun masuk di form four (istilah biasa di SBP), pembulian tetap berlaku oleh senyor form five, walau kadangkala beza umur tidak sampai setahun pun. Namun paling lucu jika form four dibuli oleh pelajar form three hanya atas nama senyoriti, bukan atas faktor umur dan sebagainya.  Di sepanjang berada di form four, permulaan kepada pembulian secara rasmi ialah disepanjang tempoh minggu suaikenal. Form four selaku junior akan menjadi hot spot bagi senyor dimana shaja meraka ditemui. Pembulian paling low ialah, disuruh mengambil air ketika berada di dewan makan. Pembulian yang secara formal ialah dianggap sebagai semut² kecil dan dipanggil sebagai semut untuk mempamerkan kekerdilan kami selaku junior. Di dalam dorm pula, diperingkat senyor yang mendomin...

Tirai 2022 - banjir

Imej
 2 Jamadil Akhir tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul Pembuka tirai tahun 2022 masihi adalah hujan dan banjir. Hujan turun tanpa henti sepanjang tempoh 2 Januari 2022 hinggalah muncul fajar sadiq 3 Januari 2022. Terkesan dengan bencana di Darul Ehsan dan Darul Makmur, serta tenggelamnya kampung penempatan keturunan alfonso di celah runtuhan a famosa, hujung benua selatan bersiap siaga menghadapi bah besar. Dengan ramalan pihak berautoriti mahupun pihak pemegang mohor besar konspirasi sejagat, maka timbul kegetaran di hati...apakah bah besar bakal menenggelamkan muka bumi? Perancangan Allah dan taqdirNya tiada sesiapapun yang mampu untuk masuk campur. Penulis memerhatikan, acapkali, ramalan pihak berautoriti ataupun pihak konspirasi biasanya bercanggah jauh dengan kehendakNya. Bila diramal hujan lebat, hari cerah secerah pawana. Bila diramal kemarau panjang, Dia tetap menurunkan titisan hujan ke bumi. Maha Kuasa Allah, pemilik arasy yang agung. Tidak ada sesiapapun yang layak untuk ca...

Kisah kisah buli : Zaman Sekolah Rendah

  15 Jamadil Awwal 1443 Hari ini negara semenanjung emas masih lagi berada dalam mood musibah akibat bencana alam berupa banjir yang menyerang beberapa negeri dalam persekutuan. Bermula pada pagi sabtu lepas, kita dikejutkan dengan tiga tragedi besar iaitu Kemalangan maut yang melibatkan kematian 8 sekeluarga akibat rempuhan lori yang melanggar kenderaan sekeluarga yang rosak dan berhenti di tepi lebuh raya Hujan lebat dan bencana banjir di sekitar selangor disulami program mesyuarat agong parti bunga raya serta majlis makan² sang bendahari bersama pasukan simpanan; kemunculan virus omicron sebanyak 13 kes yang dikesan di negara ini Apabila berbicara kisah buli yang mula ditenggelami aliran banjir, maka penulis terkenang kisah² pembulian pada zaman persekolahan.  Tatkala berada di sekolah rendah, dalam darjah satu, penulis memulakan persekolahan di SRK Long Jaafar Taiping Perak. Bapa penulis menghantar penulis hanya dengan berbasikal sahaja.  Buli pada waktu dan ketika it...

Mencari Jumaat terbaik

Imej
  12 Jamadil Awwal 1443 Jumaat yang tenang dan mendung sejak munculnya sang mentari pagi di hari yang penuh keberkatan. Terpandang perkongsian jamaah whats up berkaitan teks khutbah Jumaat pada hari ini yang bakal dikumandangkan oleh khatib di seantero negeri hujung benua selatan beberapa jam lagi... Penulis terhimbau kenangan ketika menunaikan solat Jumaat di salah sebuah institusi pengajian tinggi di hujung benua beberapa Jumaat yang lepas. Jemaah agak padat namun masjid tiga tingkat itu mampu menampung jamaah yang hadir. Penerapan SOP C19 agak ketat dimana petugas akan memeriksa setiap my sejahtera di pintu masuk sama ada telah scan atau belum, telah vaksin atau belum dan sebagainya. Pintu masuk hanya dihadkan pada pintu hadapan sahaja meskipun masjid pada umumnya diketahui mempunyai bilangan pintu yang banyak. Oleh kerana penulis hadir agak lewat dari biasa, dan tidak berwudhuk serta mempunyai hajat, penulis telah tersilap melangkah masuk ke dalam perut masjid dengan anggaran, ...

Kisah Anak Tentera : Aktiviti & Permainan di Dalam Kem Tentera

Imej
 13 Rabiul Akhir tahun ke 1443 daripada hijrah Ar Rasul  Anak tentera yang 'terkurung' dalam kem tentera sebenarnya mempunyai banyak aktiviti permainan yang boleh dibuat bersama rakan² secara berjamaah. Agak jarang sekali anak tentera menghabiskan aktiviti secara 'persendirian' di dalam rumah. Mungkin juga faktor generasi yang belum pernah terjumpa dengan internet menjadi penyumbang utama. Tidak dinafikan jika pada hari ini, penulis berpandangan adalah lebih selamat untuk anak² berada di dalam rumah beraktiviti sendiri meskipun hanya di hadapan gajet kerana keadaan luar rumah yang tidak menentu dengan kes penderaan, pencabulan, penculikan dan pelbagai lagi...berneza dengan keadaan dan situasi sekitar tahun 80 an... Antara aktiviti permainan kami di dalam kem ialah bermain roundus. Apakah itu permainan roundus? Boleh jadi pembaca boleh melihat sendiri pada tulisan ini   https://www.jurnalponsel.com/permainan-rounders/ Permainan ini agak mengasyikkan dan selalunya bermula...