Catatan

Mengambil iktibar di Kota Madinah

Imej
 Subuh 19 Jamadil Awwal 1444 Subuh pertama di bumi Madinah selepas berjaya mendarat di lapangan terbang Madinah buat pertama kali sejak beberapa episod di dua tanah haraam; Lapangan terbang Madinah tidak sesibuk lapangan terbang King Abd Aziz di Jeddah. Para petugas di sana sudah pun bercampur antara lelaki dan wanita. Namun polis wanita masih memakai cadur hitam menutupi seluruh tubuh. Mereka bertugas agak cepat dan lancar berbanding tahun sebelumnya dimana polis lelaki akan bertugas sambil lewa sahaja di kaunter; Polis lelaki berperut gendut dengan pakaian fesyen slim fit masih lagi wujud selaku petugas; Azan pertama di bumi Madinah adalah sekitar jam 4.30 pagi. Manusia berbondong² menuju ke arah masjid an nabawi. Semasa perjalanan keluar daripada bangunan hotel, ditemui beberapa orang pemuda di sebalik tiang hotel cuba menawarkan abaya untuk dibeli. Tawaran dibuat dalam riyal saudi dan juga rupiah indonesia. Mengapa ringgi malaysia tidak boleh diperdagangkan di sana secara terus...

Napolean Kecil

Imej
 8 Syaaban 1444 Hujan masih turun renyai dan kebanyakan lokasi di hujung semenanjung emas dan tengahnya sudah mula digenangi air. Paras sungai kebanayakkannya menunjukkan tahap waspada dengan tahap bahaya juga sudah mula menjengah tiba; Napolean adalah merupakan maharaja Perancis yang berkuasa dan ditakuti di Eropah. Bermula dengan seorang tentera yang akhirnya mengepalai revolusi Perancis dan menguasai negara dan juga benua Eropah; Napolean kecil adalah gelar untuk individu yang berada dalam sesebuah organisasi, tidak mempunyai kuasa secara formal tetapi mampu menggerakkan organisasi ke arah memenuhi kehendak dan kemahuan sendiri. Mereka mungkin seqadar pegawai kecil, kerani atau pun pembantu pejabat, tetapi pengaruh yang ada pada mereka mampu mempesonakan sang penguasa yang mengakibatkan organisasi berubah mengikut kehendak dirinya; Mereka mampu menghapuskan atau menukar rakan sepejabat ke pejabat lain dalam kadar segera bahkan merobah struktur organisasi mengikut kemahuan mereka...

Anwar yang kukenali

Imej
 3 Syaaban 1444 Melihat wajah PMX di kaca monitor gajet melalui siaran langsung pembentangan bajet 2023 .. menghimbau kembali kenangan pembentangan bajet sekitar tahun 1995-1997 tatkala sosok yang sama memegang tanggungjawab selaku menteri kewangan. Petikan ayat al quran masih juga tidak lekang dari bibir beliau. Cumanya mungkin ayat dari surah yusof berkenaan 7 tahun musim kemarau, tujuh tahun musim menyimpan dan tujuh tahun musim subur tidak kedengaran lagi; Penulis yang pada waktu tersebut masih dikategorikan sebagai yang menolak kepimpinan sedia ada hanya acuh tak acuh sahaja berkaitan beliau; Penulis adalah pendukung tegar islamis kiri yang mana kepimpinannya menolak sama sekali dasar islamisasi kerajaan pada waktu tersebut. Istilah negara madani juga pernah disebut waktu itu tetapi masih dipandang sepi oleh golongan Islamis kiri; Dengan memdapat tarbiah serta ahli usrah tegar golongan islamis kiri di IPTA, sentimen anti beliau terus diterap dan disemai subur dalam dada para p...

Aku dan PPT : cuma 400 jam sahaja

Imej
 3 Syaaban 1444 Awal Jan 2014 penulis menerima surat arahan untuk berpindah ke pejabat aras tinggi, Penulis telah melapor diri pada pagi 9 Feb 2014 di pejabat aras tinggi sebagaimana arahan; Muncul desas desus bergentayangan seperti hantu cina yang mempertikaian kelayakan dan kesesuaian penulis berada di pejabat tersebut. Berkebetulan penulis banyak bercuti disebabkan ibu penulis jatuh sakit dan tidak sedarkan diri selama seminggu hingga membawa kepada kematian beliau; Muncul aduan rasmi yang menyatakan bahawa penulis adalah sosok yang sangat tidak sesuai untuk bertugas diaras tinggi yang menempatkan golongan bangsawan semasa, napolean kecil dan manusia hebat rata-ratanya; Penulis di arah bertukar ke pejabat lain bermula 1 April 2014. Ada sesuatu yang agak pelik dan misteri; Penulis bertemu dengan beberapa pembesar tetapi tiada satupun jawapan yang memuaskan hati penulis; Arahan dan keputusan perlu dibuat dengan lebih baik dan pertimbangan yang sedalamnya sebelum diputuskan dan dil...

Jumaat Di Jame Wadi Hana

 26 Rejab 1444 Jumaat terakhir bulan Rajab yang dikatakan sangat berkat oleh mereka yang mengimaninya dengan yakin berdasarkan kepada pengajaran guru² mereka; Penulis berkebetulan bermuqeem di bangunan New York sejak khamis dan gema keagungan isra mi'raj telah mula menghiasi bibir para asatizah sama ada di media sosial mahupun di media nyata; Berpeluang menghadiri solat Jumaat di jame Wadi Hana yang terletak di bawah jejantas yang sedag disiapkan, Semasa lawatan penulis beberapa bulan lepas, tidak berkesempatan solat Jumaat di situ; Azan yang dikumandangkan agak klasik dan jarang kedengaran di lokasi lain di seluruh alam melayu johor ketika ini; Terdapat gerai di bawah jejantas yang menyediakan sedikit makanan untuk memuaskan maksud nafsu pada waktu tengahari; Berjalan kaki dari New York ke masjid dan pulang mengingatkan penulis keadaan sewaktu di Makkah dan Madinah...cuma bilangannya sangat kecil; Terdapat sebuah kedai runcit kecil milik Muslim beberapa meter sebelum jalan besar y...

Kisah Aku & PPT Part IV : Selamat Datang Dunia Akademik

2009 Sekali lagi penulis di arah berpindah ke pejabat baharu untuk memulakan tugas dengan jawatan baharu. Apabila dinaikkan gred, maka mahu atau tidak mahu, pertukaran akan berlaku.  Untuk kenaikan gred, penulis melalui dua sesi temuduga. Temuduga kali yang pertama menemui kegagalan. Penulis juga sudah lupa tarikhnya. Hanya pada kali kedua penulis berjaya... Masuk ke pejabat baharu yang terletak agak terasing dari ibu pejabat. Deretan rumah kedai beberapa tingkat. Jawatan penulis juga adalah merupakan post baharu untuk pejabat tersebut. Maka ianya memang sangat baharu. Walau staf sedia ada tidaklah baharu. Namun suasana kerja baharu kadang² tidaklah terlalu mengujakan. Jika sebelum ini penulis berurusan dengan staf yang akan keluar organisasi untuk cuti melanjutkan pengajian,kini penulis ditempatkan di lokasi yang menjadi penempatan staf berkaitan.  Penulis diarah berada di sub unit pejabat untuk mengurus pengajian pelajar sarjana tinggi. Unit tersebut hanya mengandungi dua or...

Escape From Hydrabad

3 Jamadil Akhir 1444 Hari ketiga di bumi Hyderabad, Tidak ada ketika yang lebih menyeronokkan selain apabila mendapat tiket untuk kembali ke tanah air. Tiket di wassap yang dihantar oleh pihak ibu pejabat menyatakan dengan jelas tarikh 27 Dis 2022 jam 0022. Timbul persoalan siapakah yang bakal menggantikan tempat penulis? Ianya tidak dapat dijawab dengan terang oleh pihak pengurusan di Johor Bahru. Menjelang waktu zawaal, pihak HQ menyatakan bahawa seorang agen dari Hyderabad akan menggantikan penulis. Apabila dibawa masuk menghadap pihak pengurusan hospital, mereka menolak mentah² wakil tersebut. Mereka mahukan saudara mara pesakit untuk menggantikan pesakit. Keadaan mula menjadi cemas. Apatah lagi, bateri HP hanya tinggal 30%. Sudahlah nak dapatkan line internet yang kira ok pun agak payah. Perbualan hanya melalui penggilan wassap. Itupun sering terputus-putus. hendak mencari line telco india seperti mencari sebutir nasi di bumi tandus dan kering... Perbincangan dengan pihak konsulat...