Catatan

Asar yang indah di Masjid Nurul Iman

 6 Safar 1445 Asar di salah sebuah masjid di taman seri lambak yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai taman T6 amat menggembirakan hati pencinta Ilahi; Manakan tidak, jemaah yang menghadiri solat sangat ramai melebihi jemaah di masjid atau surau lain yang berada dalam daerah yang sama, bahkan masjid daerah sekalipun gagal untuk dihadiri oleh jemaah yang seramai itu; Penulis menjangka secara kasar terdapat lebih dari 200 orang jemaah yang hadir pada waktu tersebut; Amat jarang untuk kita mendapatkan surau atau masjid yang mampu dihadiri oleh jemaah yang ramai pada waktu solat siang pada hari bekerja. Bahkan ada masjid dan suaru hanya dihadiri oleh tiga orang sahaja jamaah pada satu-satu waktu; Penulis yakin antara faktor yang menyebabkan jemaah ramai ialah kebijakan ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik oleh qaryah setempat, ataupun ahli qaryah sebenarnya telah berjaya memilih AJK yang benar² bertugas untuk memakmurkan masjid² Allah di muka bumi. Bukan hanya untuk mencari publ...

Tujuh perkara yang menyebabkan pelanggan kedai makan lari dari kedai anda

Imej
 6 Safar 2023 Buat² tak nampak apabila pelanggan memanggil untuk membuat tambahan order. Walhal pelanggan jelas melihat mata petugas melihat mata dan lambaian yang dibuat. Mungkin juga petugas rabun jauh. Lebih menyakitkan hati pelanggan apabila petugas datang ke meja sebelah tetapi seolah tidak menghiraukan meja pelanggan yang baharu sahaja memanggil. Apabila dipersoalkan mengapa tidak datang, petugas beri alasan dia sedang sibuk. Lebih menjengkelkan apabila petugas bukan dari kalangan warga negara; Pelanggan menunggu di meja makan lebih dari lima minit tanpa ada sebarang aluan mesra daripada tuan punya kedai makan; Pesanan yang dibuat, biarpun bertulis, tidak diingat oleh pemilik kedai dan pelanggan terpaksa menyatakan semula apa yang dimakan tadi. Boleh jadi pemilik hendak menguji iman pelanggan serta kejujurannya tetapi ianya tetap menjadi sesuatu yang menjengkelkan; Menu yang dihantar berbeza dengan pesanan awal. Namun ada ketikanya petugas tersilap menulis pesanan kerana kura...

Selepas 20 tahun

Imej
 6 Safar 1445 Menjelang waktu dhuha penulis terlibat dengan majlis dan diraikan sebagai salah seorang penerima sijil tempoh khidmat melebihi 20 tahun - suatu tempoh berharga yang agak panjang selaku seorang penjawat awam; sebenarnya tempoh sebenar penulis berada dalam perkhidmatan awam telah mencecah ke tahun 25 jika diperkirakan tempoh perkhidmatan kontrak, di beberapa jabatan negeri; Penulis pernah dipelawa oleh sahabat mentor sejak seawal tahun 1998 lagi untuk mengisi borang kekosongan jawatan. Waktu itu, penulis hanya berkenderaan kuda besi berkuasa 110 cc sahaja. Jarak dari kediaman penulis ke organisasi ialah sekitar 34km sehala; Taraf jawatan yang ditawarkan pada iklan yang dipaparkan ialah sementara. Pada kali pertama, almarhumah ibu penulis menghalang dengan alasan jarak yang agak jauh dengan perjalanan menunggang kuda besi; Iklan kali kedua dikeluarkan dengan tawaran jawatan bertaraf sementara juga. Penulis merujuk kepada ketua jabatan lama, pegawai tadbir agama pada keti...

Tak payah ceramah pun boleh menang ...

Imej
  22 Muharram 1445 Kehangatan dan bahang PRN pada 12 Ogos semakin hampir ke puncaknya. Masing² cuba menjadi juara dan mendapatkan publisiti untuk menangguk undi di hujung muara; Tertarik dengan kenyataan salah seorang mantan menteri dalam era PN-sheraton yang dengan bangga mengatakan (ramalan?) bahawa parti mereka akan menang di semua enam negeri walaupun tanpa kempen... Walau bagaimanapun, masih pelik kerana ceramah masih terus berjalan oleh pihak mereka meskipun kepimpinan begitu yaqin akan kemenangan yang dituju; Pihak SPR mungkin boleh memikirkan satu kaedah yang lebih menjimatkan kesemua pihak yang bertanding dengan memperkenalkan e-kempen, atau kempen atas talian dan mengurangkan pengeluaran permit ceramah kepada kesemua parti yang bertanding; Untuk menidakkan pengeluaran permit himpunan ceramah mungkin sesuatu yang agak tergesa² dan boleh mengundang kemarahan, namun dengan mengurangkannya secara berperingkat dan menggalakkan e kempen dilihat akan mampu mendidik masyarakat da...

Minum pagi di kantin stesen keretapi Keluang

Imej
 17 Muharram 1445 Kantin keretapi yang terletak distesen keretapi Keluang (ejaan lama) dikatakan telah dibuka sejak lebih 80 tahun yang lampau; Ini bermaksud ianya telah menjadi saksi bisu kepada penjajahan British-Jepun-British, komunis, sebelum pra dan pasca merdeka hinggalah ke zaman madani; Dikatakan diusahakan oleh seorang mualaf berbangsa Cina dengan produk yang paling viral iaitu kopi; Meskipun penulis telah berada di Keluang sejak 1987, namun sehingga tahun 2010 baharulah penulis terjebak untuk menikmati makanan di sini; Terdapat isu mengenai status halal kopi pada 2011 namun telah diselesaikan dengan baik; Kini terdapat beberapa oulet di sekitar bandar Keluang seperti bandar baharu Kluang, taman seri impian, taman perdana dan taman tasik keluang; Hanya ada satu sahaja outlet yang dibuka diluar daerah Keluang iaitu di Shah Alam; Agak pelik kerana tiada outlet yang dibuka di daerah lain dalam negara hujung selatan, walaupun di kota tanjung puteri; Jika hendak menu yang agak ...

Bercumbu di pentas sesama jenis : akibat budaya hendonisme luar kawalan

Imej
Gegak gempita negara akibat kemunculan aksi bercumbu sesama jenis di pentas oleh konsert 1975 dilihat mampu memberikan kelebihan kepada parti lawan untuk terus mengasak pemerintah dan mengejek mereka terlalu liberal dan boleh mempengaruhi melayu nasionalis secara amnya untuk terus menyintai pihak lawan; Memang berdasarkan senario sejak PRU ke 14, pemerintah yang disertai oleh parti roket pasti akan dihujani pelbagai kontroversi bersifat perkauman dan juga keagamaan untuk memperteguh hujjah bahawa melayu islam terancam; Kadang terfikir di benak bahawa ianya seolah dirancang dengan sebegitu rapi untuk memberikan imej yang huduh kepada pemenang mana mana PRU atau PRK jika berkawan dengan parti roket; Madani yang dilihat sebuah konsep yang bersendikan nilai agama perlu lebih sensitif dalam menangani isu-isu remeh tetapi mempunyai nilai yang menyentuh sensitiviti agama di negara berbilang kaum dan masih kukuh memegang nilai syariah; Adalah lebih molek jika kementerian komunikasi dipimpin at...

Siapakah yang bersalah? - pemandu perlu diajar adab memandu

  4 Muharram 1445 Suatu malam tatkala menemani isteri ke kedai .. kereta di parkir dalam kotak parkir yang tepat; Berkebetulan muncul sebuah kereta masuk ke parkir sebelah dengan jarak yang agak dekat dan seolah tidak pandai untuk mengagak jarak letak kenderaan; Sebaik berhenti, penumpang bahagian belakang keluar dengan kuat menolak daun pintu dan kena pada pintu kereta penulis; Beliau cuba angkat tangan dan bermanis muka; Dilihat sekali imbas tiada kesan pada permukaan pintu kereta; Selepas beberapa hari baharu perasan ada luka yang membekas di pintu lokasi kejadian; Adab membuka pintu kereta jarang diperbincangkan dalam mana-mana medium. Sukar sangatkah untuk menjaga harta orang lain seperi harta sendiri? Pihak sekolah memandu perlu mewujudkan silibus yang mengandungi elemen kemanusiaan dimana tatacara atau adab sebagai pemandu dan pemandu lain perlu diajarkan kepada pemohon lesen memandu; Kebanyakkan yang melalakukan hal sedemikian terdiri daripada golongan kafir dzimmi. Mungkin...

Kenapa staf tidak perform

 2 Muharram 1443 Terdapat persoalan di kalangan pengurusan berkaitan staf yang dikatakan tidak perform atau tidak boleh bekerja sebagaimananyang diharapkan; Terdapat cadangan jawapan iaitu apakah staf itu sengaja untuk tidak perform atau memang dia tidak boleh bekerja? Jika sengaja ... maka boleh jadi disebabkan oleh ketiadaan hukuman atau ganjaran yang disediakan. Mungkin jika dia perform tetapi tiada ganjaran yang diterima seperti tiada ucapan penghargaan, atau tiada kenaikan pangkat, atau kenaikan gaji atau bonus, maka apa keperluan untuk perform? Ataupun kerana ketiadaan hukuman disebabkan ketidak mahuan untuk memberikan kualiti kerja seperti yang diharapkan, seperti tindakan surat amaran, atau potong emolumen dan sebagainya; Hukuman dipindahkan ke jabatan lain tidak memberi kesan melainkan menambah beban kepada jabatan lain atau hanya menyebabkan individu terlibat lebih aggresif dan mengekalkan kaedah kerja sedia ada; Istilah tidak perform itu juga adalah terlalu abstrak keran...

Kisah awal muharram 1445

Imej
 2 Muharram 1445 Kisah ini direkodkan di salah sebuah masjid dalam daerah tengah negara hujung semenanjung emas dalam waktu asr; Kelihatan dua orang anak muda masuk ke masjid tatkala iqamah belum dilaungkan. Mereka solat dalam saf ditengah ruang solat utama bersama; Pada awalnya disangka bahawa mereka berdua menunaikan solat sunat sebslum asr; Ternyata, seusai solat mereka berdua keluar dari masjid dan menuju ke lokasi letak kenderaan; Agak menghairankan kerana mereka telah berada dalam saat dan lokasi yang sempurna dan tersedia untuk solat berjamaah tetapi enggan menyambut seruan tersebut dan merugikan pahala berjamaah bernilai 27 kali ganda yang ditawarkan oleh Allah melalui lisan nabiNya; كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْمَسْجِدِ يَمْشِي فَأَتْبَعَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ بَصَرَهُ حَتَّى خَرَجَ مِنَ الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم. Maksudnya: Ketika ma...

Muharram 1445

1 Muharram 1445 Amalan lazim kalangan bani ta mim setanah semenanjung emas ialah berkumpul di masjid atau surau atau mosalla pada penghujung akhir zulhijjah sebelum masuk matahari dan mengisi masa dengan bacaan tahlilan, membaca doa akhir tahun dan seterusnya bacaan doa awal tahun seusai solat maghrib; Maka jamaah di masjid dan surau akan bertambah pada malam tersebut bagi menyertai acara. Bahkan ada yang berbuka di masjid dan surau kerana berpuasa pada akhir tahun dan awal tahun kerana percaya akan segala amalan itu boleh mencapai redha Allah taala jua adanya; Mungkin penganjur cuba mencari jalan alternatif dan mengimbangi majlis sambutan tahun baharu masehi. Seingat penulis program seumpama ini tidak semeriah ini jika dibandingkan 10 tahun kebelakang; Agak janggal kerana amalan tahunan seumpama ini tidak pernah diriwayatkan dilaksanakan oleh Junjungan bahkan para khulafa ar rasydin dan juga generasi terbaik tiga kurun. Sedangkan mereka adalah contoh terbaik untuk diikuti; Bagaimana k...

Bila nak kerja empat hari seminggu?

Imej
27 Zulhijja 1444 Semangat menulis ni turun naik ikut mood. Kekadang semangat nak menulis, tapi alatan pulak tak cukup, seperti note book rosak (dah hampir sebulan tersadai di kedai), tiada wifi dan sebagainya. Ataupun idea datang tatkala sedang memandu. Mana nak ditulis ide tu kan? Hari ini dek kerana ketiadaan kenderaan rasmi yang menghantar ke pejabat, penulis terpaksa rela membawa kenderaan sendiri merentas lebuh raya sejauh kira² 91km dari kediaman sehala menuju ke pejabat. Sebaik selesai menghadap mesin touch in di dinding batu, penulis keluar mencari kedai makan bertujuan untuk tapau nasi goreng kambing yang biasa penulis ziarah kedai dan menikmati juadah tersebut kiranya berkelapangan. Nasi goreng kambing di kedai ini harga murah (RM10.00-tempat lain maybe tak dapat) dan bukan harga rahmah kerana sejak sebelum PRU lagi harganya sama. Lokasi di dalam kawasan parlimen PM9. Sementara menanti nasi disiapkan, penulis duduk dan secara tiba² muncul seorang tenaga pengajar yang tadinya ...

Jumaat di Teluk Kemang - tiada pendoktrinan

 19 Zulhijja 1444 Penulis bergerak dari lokasi tempat tinggal menuju ke pantai telok kemang PD sekitar menjelang mentari memanaskan anak² unta. Perjalanan merentasi lebuh raya PLUS adalah lancar meski kenderaan kelihatan agak banyak. Boleh disimpulkan bahawa sejak berakhirnya pemenjaraan hidup sepanjang dua tahun (PKP:Penulis) pantang ada cuti, meski hujung minggu pasti akan diisi dengan program berjalan ke luar oleh mana² keluarga yang mempunyai kelapangan. Penulis singgah di R&R Ayer Keroh ketika jam menunjukkan angka 12 tengahari. Penulis cuba untuk mencari lokasi Jumaat di kawasan yang paling hampir dengan program yang akan dilawati oleh penulis. Masuk ke pekan kecil dan terpampang papan tanda masjid warisan yang terletak di puncak bukit kecil. Tatkala menelusuri jalan naik ke bukit, tidak kelihatan sebarang kenderaan atau manusia yang menuju ke masjid.     "Aih ..tak dak orang..?"      Penulis agak kebingungan. Masjid ini kenapa tidak digunakan unt...

Ucapan Selamat Hari Raya Di Kalangan Melayu

Imej
 Sorotan 9 Syawal 1444 Sesi rumah terbuka Madani terus berjalan dengan baik meski terdapat banyak rungutan dan juga sungutan berkaitan pembaziran, penggunaan jentera kerajaan, serampang dua mata untuk kempen PRN dan sebagainya; Kadangkala agak pelik apabila acara memberi makan kepada rakyat dianggap satu pembaziran manakala perolehan kenderaan mewah untuk ADUN dianggap sebagai langkah untuk syiar sebagai pendakwah? Meskipun syawal telah hampir ke penghujung, sambutan masih berlangsung hampir setiap hari di semenanjung hujung selatan. Dari acara rumah terbuka individu, jabatan, unit, kelab hinggalah ke acara marhaban di setiap malam tanpa mengira hari bekerja atau cuti hujung minggu; Acara di pejabat atau di hotel, mahupun di institusi  lebih hangat dengan sajian tarian dan nyanyian, meskipun tidak terlalu keras iramanya, namun lantunan dan tari gelek sang penghibur suam kuku pasti akan melalaikan sesiapa sahaja yang mungkin 'tersinggah' walau hanya untuk makan dan minum. Anehn...

Ramadhan : SKT yang dipandang sepi

Imej
 21 Syaaban 1444 Tajuk yang terlewat untuk ditulis dan dihabiskan..Ramai yang menantikan kehadiran Ramadhan, namun masing² mempunyai nawaitu yang tersendiri sama ada untuk gembira ataupun tidak, bahkan tidak terlalu memeranjatkan jika ada yang berkeluh kesah dengan kedatangannya (moga para pembaca tidak termasuk dalam golongan seumpama ini); Musibah (?) banjir yang melanda beberapa daratan di negara hujung selatan dalam Syaaban ini agak menggugah dan memberikan impak yang tidak kurang besarnya untuk ditanggung oleh mangsa; Dengan bulan Ramadhan yang menghampiri yang lebih dikenali sebagai bulan makan² (?) Syawal yang paling syahdu untuk golongan bani Ta Mim biasanya dan pembukaan semula pagar² sekolah mungkin akan sedikit terasa beban dan poket; Ada yang gembira dengan Ramadhan, kerana mereka boleh menjadi pedagang di sepanjang bulan mulia dengan beberapa bentuk dagangan sama ada secara F2F atau secara maya dimana boleh dikatakan apa sahaja yang cuba didagang dalam bulan ini, khusu...

khutbah Jumaat nan layu

Imej
 Jumaat 18 Syaaban 1444 Jumaat yang agung .. menghitung langkah menanti kehadiran tetamu agung Ramadhan Al Mubarak yang semakin menghampiri pintu kehidupan. Apakah kita sudah bersedia? Boleh jadi khutbah pada minggu hadapan yang merupakan Jumaat terakhir syaaban akan berkisar mengenai pesanan sebelum memasuki gerbang Ramadhan yang harum mewangi; Tajuk yang cuba dibicarakan pada minggu ini adalah berkaitan dengan ajaran sesat yang perlu dijauhi dan khatib (dibaca: penulis khutbah) menyenaraikan WAHABI selaku wajah sesat yang wajib dijauhi; Terdapat fatwa dari pihak berkuasa yang gagal ditangkap oleh telinga penulis berkaitan kesesatan puak wahabi ini yang sering diulang siar sebagai menyamakan Tuhan dengan makhluk dan menjisimkannya; Tidak diketahui pula wahabi mana satu yang dimaksudkan kerana apa yang penulis kenal dari guru² yang sering dilabel selaku penganut wahabi, tidak pernah sekalipun mereka menjisimkan Tuhan yang maha Esa bersalahan dengan yang baharu. Mereka mengajar meng...

Kesatuan : Kemana arah dan tujuan?

Imej
 13 Syaaban 1444 Menelusuri perjalanan sebuah kesatuan di salah sebuah institusi bermula dengan beberapa orang yang berjiwa pejuang bersetuju untuk membentuk sebuah kesatuan dalam erti kata sebenar bagi membela kebajikan dan nasib para pekerja yang dibawah kasta pengurusan & profesional (P&P). Persatuan dilihat tidak berkemampuan membawa suara marhaen ke meja perundingan bagi mendapatkan sedikit perubahan; Pada awalnya bergerak dalam rangka kerja yang terkawal serta tidak terlalu agresif dalam mengorak langkah menghadap pihak pengurusan; Kawalan ketat dari napolean kecil berjawatan telah menyebabkan kesatuan hampir kehilangan arah dan kemudi yang bersifat linear dan dilihat condong kepada pihak pengurusan menyebabkan timbul perasaan ketidak puasan hati dari segelintir jiwa muda yang berdarah memberontak; percubaan untuk menukar tampuk kepimpinan akhirnya berlaku meskipun dengan undian tipis; Ujian pertama berlaku dimana keanggotaan sebahagian ahli dilihat tidak sah kerana k...

Ergonomik : Sudut Penting di pejabat

Imej
 7-8 Syaaban 1444 Hari permulaan hujan panjang di hujung selatan semenanjung emas juga merupakan hari permulaan penulis mengunjungi salah sebuah gedung menara di hujung selatan bagi menyertai sebuah kursus yang bernilai segulung sijil kompeten; Penulis mempelajari secara padat berkaitan kepentingan ergonomik dalam pekerjaan dan isu²  yang melingkarinya; kedapatan isu-isu lebih menarik pihak swasta berbanding kerajaan : Mengapa? belum ada jawapan; Boleh jadi isu² berkaitan dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun ianya boleh membantutkan produktiviti di jabatan; Sebagai contoh seorang pekerja yang kerap mengadu sakit tangan, bahu dan tengkuk semasa dan selepas bekerja. Lama kelamaan sakitnya mungkin akan menjadi lebih parah dan boleh mengakibatkan penyakit otot dan saraf; apa yang menarik ialah, guru kami menyatakan jika sekiranya pekerja dilepaskan untuk keluar minum seketika, kemudian keluar menguruskan anak dan kembali bekerja, ianya tidak merugikan majikan bahkan memberik...

Teguran Buat Sang Imam

Imej
 10 Syaaban 1444 Adalah menjadi amalan di mana² masjid dan surau seluruh pelusuk dunia moden kini untuk mengejakan solat jahr dengan imam mengenakan alat pembesar suara; namun amalan membaca zikir selepas solat Fardhu dan berdoa dengan menggunakan pembesar suara hanya berlaku di sebahagian negara sahaja, khususnya di kawasan asia tenggara atau mana² yang diduduki oleh bangsa Melayu yang mendakwa merekalah yang disebutkan atau dimaksudkan dalam hadith junjungan صلى الله عليه وسلم sebagai bani tamim - ta mewakili TANAH manakala mim adalah MELAYU; Adalah perkara biasa juga tatkala bersolat jahr, terdapat gangguan pada alat pembesar suara - mungkin disebabkan oleh masalah penyambungan yang telah lama tidak diselenggara atau masalah bateri yang hampir menemui jalan penamatnya jika menggunakan blue tooth; namun apa yang janggal ialah sebaik sahaja pembesar suara bermasalah tatkala solat didirikan, seusai memberi salam, imam akan cuba memperbetulkannya disambut oleh sang bilal yang m...

Mengambil iktibar di Kota Madinah

Imej
 Subuh 19 Jamadil Awwal 1444 Subuh pertama di bumi Madinah selepas berjaya mendarat di lapangan terbang Madinah buat pertama kali sejak beberapa episod di dua tanah haraam; Lapangan terbang Madinah tidak sesibuk lapangan terbang King Abd Aziz di Jeddah. Para petugas di sana sudah pun bercampur antara lelaki dan wanita. Namun polis wanita masih memakai cadur hitam menutupi seluruh tubuh. Mereka bertugas agak cepat dan lancar berbanding tahun sebelumnya dimana polis lelaki akan bertugas sambil lewa sahaja di kaunter; Polis lelaki berperut gendut dengan pakaian fesyen slim fit masih lagi wujud selaku petugas; Azan pertama di bumi Madinah adalah sekitar jam 4.30 pagi. Manusia berbondong² menuju ke arah masjid an nabawi. Semasa perjalanan keluar daripada bangunan hotel, ditemui beberapa orang pemuda di sebalik tiang hotel cuba menawarkan abaya untuk dibeli. Tawaran dibuat dalam riyal saudi dan juga rupiah indonesia. Mengapa ringgi malaysia tidak boleh diperdagangkan di sana secara terus...

Napolean Kecil

Imej
 8 Syaaban 1444 Hujan masih turun renyai dan kebanyakan lokasi di hujung semenanjung emas dan tengahnya sudah mula digenangi air. Paras sungai kebanayakkannya menunjukkan tahap waspada dengan tahap bahaya juga sudah mula menjengah tiba; Napolean adalah merupakan maharaja Perancis yang berkuasa dan ditakuti di Eropah. Bermula dengan seorang tentera yang akhirnya mengepalai revolusi Perancis dan menguasai negara dan juga benua Eropah; Napolean kecil adalah gelar untuk individu yang berada dalam sesebuah organisasi, tidak mempunyai kuasa secara formal tetapi mampu menggerakkan organisasi ke arah memenuhi kehendak dan kemahuan sendiri. Mereka mungkin seqadar pegawai kecil, kerani atau pun pembantu pejabat, tetapi pengaruh yang ada pada mereka mampu mempesonakan sang penguasa yang mengakibatkan organisasi berubah mengikut kehendak dirinya; Mereka mampu menghapuskan atau menukar rakan sepejabat ke pejabat lain dalam kadar segera bahkan merobah struktur organisasi mengikut kemahuan mereka...